Posts

Showing posts from April, 2013

100 Tips Usahawan : Tip #010 "Bila bertemu klien"

100 Tips Usahawan : Tip #010  "Bila bertemu klien"

Membuat temujanji untuk bertemu klien adalah suatu aktiviti yang lazim.  Pertemuan diatur samada di pejabat atau di luar pejabat.

Bagi mereka yang mementingkan keselesaan klien, pertemuan selalu di adakan di lokasi di mana klien mudah untuk datang. Restoran atau tempat makan/warung sering menjadi pilihan.

Mengikut pengalaman saya sendiri, ada juga 'jurujual' yang membawa bersama rakan atau yang lebih teruk satu famili apabila berjumpa klien.  Ini adalah sesuatu yang seharusnya dielakkan.

Klien akan merasa tidak selesa untuk berbincang dan bertanyakan pelbagai kemusykilan.  Elok-elok klien nak teruskan dengan pembelian, harus terus dibatalkan.

Justeru itu, jika anda seorang jurujual professional dalam bidang anda, elakkan membawa bersama rakan atau famili semasa bertemu klien.  Jika perlu sangat membawa rakan, minta izin atau maklumkan kepada klien terlebih dahulu.