Posts

Showing posts from February, 2013

100 Tips Usahawan : Tip #009 "Pekerja juga ada maruah"

Tip #009  : "Pekerja juga ada maruah" Tak salah seorang majikan atau penyelia (supervisor) menegur anak buahnya.  Kalau dah buat silap, kena diperbetulkan.  menegur untuk kebaikan. Tapi elakkan menegur di hadapan pelanggan.  Pernah juga kejadian pekerja ditegur atau dimarahi berlaku depan mata saya.  Terasa 'ngilu' juga.  Merah padam muka pekerja berkenaan.  Memanglah patut kena tegur, tapi buatlah secara profesional. Sebaiknya bawa mereka ke pejabat atau ruang belakang premis.  Nak tegur, nak marah, nak sound, buatlah.  Tapi bukan di hadapan pelanggan. Hormati pekerja kerana mereka adalah barisan hadapan dalam perniagaan anda.  Kita tak tahu apa yang mereka cakapkan di belakang kita.  Yang pasti, kita mahu mereka cakap yang baik-baik berkenaan anda dan perniagaan anda. Dalam erti kata lain, pekerja juga sebenarnya pegawai pemasaran kepada sesebuah perniagaan.  Mengapa tidak dihargai dan dimanfaat peranan mereka ini?

100 Tips Usahawan : Tip #008 "Mejanya bersih, tapi....."

100 Tips Usahawan  : Tip #008 : "Mejanya bersih, tapi....." Kebersihan adalah sebahagian daripada iman.  Itu semua orang Islam tahu.  Tapi bersih yang macam mana? Banyak kedai makan di luar sana akan memastikan meja dibersihkan sebaik pelanggan beredar.  Malahan kalau anda ke kedai mamak, meja dah bersih.  Tapi sebaik anda duduk, dilap lagi.  Mahu haus permukaan meja tu karang.  Kelakar pun ada.  Kenapa agaknya? Saya nak tarik perhatian pembaca di sini berkenaan menyapu sisa makanan di atas meja. Masih ramai pengusaha kedai makan yang menyapu sisa makanan dengan menolaknya ke bawah.  Maksud saya tidak menadah ke dalam dulang atau pinggan.  Apabila diintai di bawah bangku atau meja, akan kelihatan sisa-sisa yang jatuh.  Kenapa mesti begitu? Keadaan ini boleh dilihat jika kedai makan bersifat terbuka (open air).  Memanglah semasa nak ditutup ia akan dibersihkan.  Tetapi mengapa tidak diamalkan semasa pelanggan masih ada.  Yang peliknya, lagilah ramai pelanggan  menja

100 Tips Usahawan : Tip #007 : "Merokok membahayakan kesihatan, tapi..."

100 Tips Usahawan : Tip #007 : "Merokok membahayakan kesihatan, tapi..." Benar dan benar.  Merokok memang benar membahayakan kesihatan dan benar juga hak individu. Jika kedai makan jenis premis terbuka (open air), sudah pasti selesai makan pelanggan akan menghisap rokok.  Rokok bukannya boleh dihisap sampai habis melainkan meninggalkan sisa habuk dan puntung. Saya sendiripun pernah dulu hisap rokok dan saya faham sangat tabiat perokok.  Jarang sekali, bak kata arwah Tan Sri P.Ramlee, sikit-sikit, perokok yang berdisiplin atau 100% pembersih.  Buktinya, pernah lihat perokok membawa bersama bekas habuk rokok sendiri?  Kalau pernah, tolong kenalkannya dengan saya. Perokok akan buang habuk ke lantai dan tenyeh puntung rokok dengan kasut atau selipar selesai merokok.  Paling teruk menjentik puntung rokok.   (Tahukah anda, menjentik puntung rokok juga perlukan skill?).  Kenapa agaknya? Sebabnya yang pasti ialah kerana tiada bekas habuk rokok disediakan.  Apa salahnya sed

100 Tips Usahawan : Tip #006 : "Eh! Itu apron ke kain lap meja?"

100 Tips Usahawan : Tip #006 : "Eh! Itu apron ke kain lap meja?" Saya sering direkomen oleh kenalan untuk makan di sesebuah restoran atau kedai makan.  Katanya sedap dan murah.  Teruja juga mendengar rekomendasi kawan-kawan dan saudara mara.  Mana taknya, kalau dah sedap dah murah.  Tambahan pula kalau ada orang belanja.  Rezeki (halal) jangan ditolak. Namun sebaik tiba di lokasi dimaksudkan, terasa ada sesuatu yang tak kena.  Mungkin juga deria keenam sedang mengesan sesuatu.  Bukan... Bukan itu maksud saya. Mengambil tempat duduk di satu sudut sambil menunggu untuk membuat pesanan.  Pelayan sibuk membawa makanan ke meja pelanggan.  Cepat juga servis mereka.  Sambil-sambil tu, sempat juga menjeling ke dapur dan ke arah penyedia makanan.  Kening saya terangkat sedikit melihat lilitan di pinggang.  Dahi sedikit berkerut.  Tak boleh kerut banyak sangat, takut cepat tua. "Apronkah itu?" Warna apron asalnya kuning (iklan mee segera) dah hampir bertukar coklat.

100 Tips Usahawan : Tip #005 : "Dua puluh sen ada?"

100 Tips Usahawan : Tip #005 : "Dua puluh sen ada?" Pernah dan selalunya pelanggan ditanya samada mempunyai duit kecil.  Maka terkial-kiallah pelanggan menyeluk kocek seluar, kocek kemeja.  Seluk sana, seluk sini, tanya rakan sebelah.  Kalau pelanggan wanita, habis segala poket dalam beg tangan digagau semata-mata mencari syiling dua puluh sen. Pelanggan yang beratur di belakang dah mula hangin. Apa salahnya halal je dua puluh sen tu.  Tak kaya pun.  "Eh! Tak boleh, bang.  Tak cukup dua puluh sen tak boleh beli tiket kapal terbang."  Ke situ pula alasannya. Ramai peniaga/usahawan terlalu berkira amaun dua puluh sen ini.   Ada juga yang walau lima sen pun diminta.  Perlu diingat kerana dua puluh sen itulah pelanggan akan jaja dari mulut ke  mulut betapa kedekutnya pekedai tersebut. Sebaliknya, ada nilainya 18 sen, dibundarkan terus kepada dua puluh sen.  Ada juga peniaga yang kalau baki perlu pulang 10 sen diganti dengan gula-gula.  Agaknya ada lagi tak pe

100 Tips Usahawan : Tip #004 "Menunggu Dalam Kekosongan"

Tip #004 @ yang keempat; "Menunggu Dalam Kekosongan" Pernah ada temujanji?  Samada dengan doktor, pegawai atau dengan sesiapa sahaja.  Atau mungkin menunggu nombor giliran dipanggil di kaunter? Anda diminta menunggu di ruang tamu.  Dengan sofa 1 + 2 + 3 dan sebuah TV yang agak kabur siarannya.  Di atas meja hanya bunga plastik.  Itu di pejabat. Jika di ruang perkhidmatan kaunter pula, kerusi plastik disusun berlapis dengan kelihatan 4 kaunter daripada 10 kaunter dibuka. Mengapa tidak diletakkan bahan bacaan di ruang menunggu.  Setidak-tidaknya akhbar harian atau majalah.  Waktu menunggu tak terasa jika ada sesuatu untuk dibuat.  Secara tidak langsung, empunya premis membantu pelanggan menambah ilmu di dada. Paparan frame kelihatan bergantungan di dinding.  Tertulis pelbagai informasi yang barangkali amat berguna tetapi jarang dibaca pelanggan.  Kenapa agaknya?  Ada 4 sebab kenapa pelanggan amat jarang baca informasi di dinding premis. Pertama; paparan dah uzur den

100 Tips Usahawan : Tip #003 "Sila Bayar Di Kaunter"

Assalamualaikum, Tip #003 @ yang ketiga; Label "Sila Bayar Di Kaunter" Selalu makan di restoran atau warung?  Mesti selalu juga, kan?  Kalau makan nasi, macam-macam lauk diambil.  Al-maklumlah, gaji baru masuk.  Jika datang beramai-ramai dengan famili, penuh meja. Makan sudah, minum sudah.  Kalau yang merokok, pamlah pulak (ingat, merokok merbahayakan kesihatan sendiri dan kesihatan orang di sekeliling).  Tibalah masa untuk membayar. Anda pun angkat tangan dan panggil pelayan untuk bayar. "Maaf, bang.  Bayar kat kaunter," kata pelayan sambil membawa makanan ke meja sebelah. Anda pun bangun dan menuju ke kaunter.  "Meja sana.  Berapa?" Cashier ambil pen dan kertas dan sedia untuk buat matematik, "Err, makan apa tadi?" Jenuhlah anda nak kena ingat dan sebut apa yang dimakan.  Tidakkah ini menyusahkan pelanggan.  Kalau makan seorang oklah juga.  Bagaimana kalau berkumpulan? Maka sebaiknya, cashier terus kira semasa pelanggan menja

100 Tips Usahawan : Tip #002 "Ya, PakCik. Nak order apa?"

Assalamualaikum, Tip #002 @ yang kedua; "Ya, PakCik.  Nak order apa?" PakCik?  Sikit punya hensem dipanggil pakcik?  Atau mungkin juga, "MakCik nak beli apa?"  Mekap tebal-tebal dipanggil makcik,  Kahwin pun belum. Panggilan di atas seringkali digunakan oleh staf di sesebuah premis kepada pelanggan.  Adakah panggilan di atas sesuai?  Sesuai agaknya sebab memang pelayan tu usianya belasan atau lingkungan 20an. Perlu diingat, pelanggan yang datang mungkin seseorang berpangkat, cikgu, pegawai atau mungkin juga Datuk, Datin, Tan Sri dan seumpamanya. Kalau pelanggan yang masuk itu Mat Salleh, secara otomatis staf akan sebut, "Yes, Sir.  How can I help you?"  Eh! Senang pulak panggil Sir a.k.a Tuan. Maka, apa gelaran atau panggilan sepatutnya?  Antara yang sesuai ialah encik, cik, tuan, puan atau kalau nampak berkopiah boleh juga dipanggil tuan haji.  Elakkan guna perkataan abang atau kakak terutama kepada lelaki jika kelihatan isterinya ada bersama

100 Tips Usahawan : Tip #001 "Senyum"

Assalamualaikum, Tip #001 @ yang pertama; 3S (Senyum, Sapa dan Sila) Senyum, sapa dan sila jarang sekali kita lihat berlaku kepada empunya kedai atau tokey kedai. Bukannya susah pun nak senyum, kecualilah urat senyum dah putus. Khususnya kedai makan atau restoran. Apa salahnya tokey kedai, lazimnya juga berjawatan cashier, senyum apabila pelanggan melangkah masuk. Jika nampak ramai yang masuk atau berkumpulan yang mungkin satu keluarga, sapalah sedikit, "Jemput duduk". Pelanggan akan rasa dihargai. Jika tak sibuk, arahkan pekerja mengiring pelanggan ke dalam ruang premis kedai. Tak semestinya restoran 5 bintang baru nak amalkan. Saya sering perhatikan tokey atau empunya kedai lihat pelanggan masuk dengan ekor mata. Seolah-olah pelanggan tak dijemput. Walhal pelangganlah 'lubuk' rezeki mereka. Jangan biarkan pelanggan duduk lama di bangku. Mereka sudah bersedia untuk membuat pesanan. Pastikan pelanggan dilayan antara 2 - 3 minit sebaik mereka duduk

100 Tips Usahawan : Pengenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Untuk Entri Blog Hari ini, saya akan berkongsi dengan para pembaca 100 tips perniagaan.  Saya akan cuba post sehari satu tip yang diharap dapat membantu para pembaca, khususnya peniaga @ usahawan samada yang akan, sedang akan sudahpun bergelar usahawan. Sebelum itu mungkin ada yang bertanya, apa beza peniaga dan usahawan?  Dulu pun saya sangka dua istilah ini sama.  Rupanya tidak.  Jadi, kalau tidak sama, maka apa bezanya? Bayangkan anda ke warung en.Amin.  Warungnya menjual nasi lemak, kuih muih dan minuman.  Selepas beberapa bulan, anda kembali semula ke warung en.Amin.  Anda dapati warungnya masih lagi menjual makanan yang sama.  Ditambah pula dengan persekitaran yang sama; bangku, meja, kaunter dan seumpamanya. Bayangkan pula anda ke warung makcik Shidah.  Anda lihat ada kuih muih, ada nasi berlauk dan minuman.  Beberapa bulan kemudian anda pergi semula ke warung makcik Shidah. Wah! Dah ada roti canai.  Ada juga kuih pau, orang Kelantan