100 Tips Usahawan : Pengenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Untuk Entri Blog Hari ini, saya akan berkongsi dengan para pembaca 100 tips perniagaan.  Saya akan cuba post sehari satu tip yang diharap dapat membantu para pembaca, khususnya peniaga @ usahawan samada yang akan, sedang akan sudahpun bergelar usahawan.

Sebelum itu mungkin ada yang bertanya, apa beza peniaga dan usahawan?  Dulu pun saya sangka dua istilah ini sama.  Rupanya tidak.  Jadi, kalau tidak sama, maka apa bezanya?

Bayangkan anda ke warung en.Amin.  Warungnya menjual nasi lemak, kuih muih dan minuman.  Selepas beberapa bulan, anda kembali semula ke warung en.Amin.  Anda dapati warungnya masih lagi menjual makanan yang sama.  Ditambah pula dengan persekitaran yang sama; bangku, meja, kaunter dan seumpamanya.

Bayangkan pula anda ke warung makcik Shidah.  Anda lihat ada kuih muih, ada nasi berlauk dan minuman.  Beberapa bulan kemudian anda pergi semula ke warung makcik Shidah. Wah! Dah ada roti canai.  Ada juga kuih pau, orang Kelantan panggil roti kukus. Pekerja ada beberapa orang.  Lantai warung dah bersimen.  Selesa rasanya bila makan nasi berlauk di situ.

En.Amin adalah seorang peniaga.  Manakala, makcik Shidah pula adalah seorang usahawan.  Nampak bezanya?

Dalam erti kata lain, seorang usahawan adalah juga seorang peniaga dan seorang peniaga tak semestinya seorang usahawan.

Berbalik kepada 100 tips usahawan.  Tip-tip yang ingin dikongsi di sini sebahagian besarnya adalah perkara-perkara yang sering terlepas pandang oleh para usahawan.  Tak kiralah samada mereka menjual makanan, produk atau juga servis.  Nampak macam perkara remeh.  Tetapi percayalah, yang remeh itulah yang akan sentiasa terpahat di ingatan pembeli atau pengguna.

Semua tips yang bakal saya senarai dan huraikan secara ringkas nanti adalah hasil pengamatan, pengalaman dan perkongsian antara saya dan juga rakaun taulan saudara mara.

Andai pembaca juga merupakan seorang usahawan, diharap tips tersebut dapat membantu dalam perniagaan para pembaca nanti.

Lalu, apakah tip pertama yang hendak dikongsi itu?  Tunggulah di entri seterusnya.....

Comments

Popular posts from this blog

100 Tips Usahawan : Tip #013 “Sinki/Basin”

Bangsaku...