100 Tips Usahawan : Tip #012 “Sudu dan Garfu”

100 Tips Usahawan : Tip #012  “Sudu dan Garfu”

Kepala sudu dan garfu

Jika saudara bertandang ke Kelantan,  cuba perhatikan bagaimana kedudukan sudu dan garfu dalam bekas di atas meja.

Ya, kepala sudu dan kepala garfu berada pada kedudukan di bawah.  Manakala, pemegangnya pula berada di bahagian atas.  Ada juga peniaga yang meletak kedua-duanya  di dalam bekas atau lebih tepat lagi dipanggil kole berisi air panas.  Begitulah sepatutnya. 

Objektif utama menggunakan sudu dan garfu adalah bagi menggantikan tangan.  Jadi sepatutnya ia bersih.  Tetapi jika kepala sudu dan garfu berada di atas, ia terdedah kepada kotoran terutama apabila pelanggan memilih-milih sudu dan garfu sebelum makan.

Demikian halnya jika apabila sudu dan garfu disediakan di atas meja di kedai makan bersifat terbuka.  Habuk yang berterbangan sudah pasti melekat pada sudu dan garfu.  Tiada gunanya kelihatan indah tetapi pada masa yang sama menjadi tempat pengumpulan habuk.

Pernah sekali saya melihat sudu dan garfu dijilat anak kecil.  Sudu dan garfu berada dalam satu bekas di atas meja.  Ibubapa pula asyik melayan telefon bimbit, WhatsApp barangkali.  Sebaik mereka sekeluarga beredar, saya segera memaklumkan kepada pekerja di situ.  Bayangkan kalau tiada siapa yang nampak...

Jadi, nasihat saya, basuhlah semula sudu dan garfu sebelum makan.  Mungkin inilah sebabnya orang melayu lebih suka makan dengan tangan.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Bakal Pelajar Latihan Industri (Internship)

Motivasi di Awal-awal Pagi.... Siapa nak dengar ?

100 Tips Usahawan : Tip #013 “Sinki/Basin”