100 Tips Usahawan : Tip #013 “Sinki/Basin”

100 Tips Usahawan : Tip #013  “Sinki/Basin”

Sinki adalah tempat membasuh tangan.  Apabila membasuh tangan, pasti juga ada yang berkumur, meskipun sudah jelas papa ntanda melarang berkumur atau berludah di singki, tapi nak jugak berkumur.

Ada juga sesetengah restoran, menyediakan tempat basuh tangan berhampiran makanan.  Secara logiknya, sudah tentu tempias air basuhan tangan akan terpercik ke dalam makanan.  Ish!  Sanggupkah anda ?

Saya selalu tegur peniaga yang meletak bekas basuh tangan atau membuat sinki berhampiran lauk-pauk.  Namun, ada juga yang tak endah.  Adakah itu satu petua untuk melariskan jualan?  Saya pun tak pasti.

Ada juga sinki yang rosak atau tersumbat.  Bukan sekali dua.  Bahkan berkali-kali.  Perbaikilah.  Bukannya mahal pun demi keselesaan pelanggan.

Namun begitu, sebaik-baiklnya sinki disediakan di bahagian belakang yang mana tak kelihatan oleh pelanggan lain..  Malahan, ia menjadi amalan restoran makanan segera.

Di samping itu, sabun cecair kenalah juga disediakan.  Barulah hilang kesan minyak dan kari di tangan pelanggan.

Semoga tips ini dapat membantu anda peniaga kedai makan di luar sana.


Comments

Sahaini said…
Saya setuju. Papan tanda "Dilarang Berkumur" sebenarnya sama taraf dengan "Dilarang Merokok". Manusia yang semakin selesa dek kerana tiada sesiapa yang dapat memberi teguran berkesan akan lali dengan peraturan. Ini lumrah.

Maka di suatu pihak yang satu lagi, ialah pihak yang menegur, mengawal dan mengatasi. Pak Menteri (contohnya) atau yang berwibawa mengambil peranan menegur anak-anak buah atau masyarakat atau rakyatnya supaya, dalam kes ini, amalkan kebersihan dan kemaslahatan. Saya percaya amalan menggunakan basin/sinki ada kaedah dan adabnya.

Pihak berkuasa tempatan dan pegawai merinyu (contohnya) mengawal-selia premis-premis supaya patuh syariah dan patuh amalan penyedia makanan.

Operator dan tuan punya kedai (contohnya) menyeleggara fasiliti yang ada dalam premis supaya bersesuaian dan dalam keadaan optimum.

Bloggers (contohnya) boleh buat rebiu atau dedahkan fakta-fakta berkaitan dan viralkan kebaikan untuk dicontohkan kepada semua lapisan masyarakat bermula dari kanak-kanak sehingga yang bertongkat.

(kalau komen ini panjang dan melangkaui batas sebagai komen, bolehlah tuan repost sebagai bahan pos baharu) :p

Popular posts from this blog

Bangsaku...