Tips Soalan Temuduga PTD 1. apa kaitan bidang ijazah yang dipelajari dengan PTD? 2. panel tanyakan bidang kerja sekarang. tetap atau probation. kenapa mereka perlu pilih kita sebagai PTD. yakinkan mereka. 3. apa sumbangan bidang IT kepada kerajaan? 4. apa itu MSC? 5. apa dia 7 aplikasi perdana dan terangkan serba sedikit tentang aplikasiaplikasi tersebut? 6. ada berapa agensi dari seluruh dunia yang bekerjasama dengan MSC? sebutkan beberapa nama 7. apakah dia bidang-bidang tugas PTD? 8. nasional integriti 9. sebutkan nama beberapa kementerian yang ada 10. sebutkan hirarki pemerintahan dalam malaysia 11. bagaimana parlimen dibentuk? berapa orang yang perlu ada dalam parlimen? 12. soalan situasi. bagaimana anda ingin meyakinkan panel jika anda menghadapi masalah ketika membuat satu pembentangan penting seperti projek syarikat atau projek tahun akhir anda? 13. dalam sesuatu kementerian, siapakah yang mempunyai kuasa paling tinggi? kedua tertinggi? ketiga? 14. saya lihat anda pernah terlibat dengan program khidmat masyarakat di rumah anak yatim. Jadi, apa sumbangan anda dalam program tersebut? adakah anda masih berhubung dengan pengurusan pusat tersebut @ dengan penghuni di sana? apakah tindakan yang anda lakukan bagi membantu mereka? dengan kementerian manakah yang boleh anda rujuk untuk mendapatkan nasihat, sumbangan @ pertolongan kepada rumah anak yatim tersebut? 15. pernah dengar pasal "makcik komputer"? Siapa sasaran pengguna "makcik komputer" ni?
100 Tips Usahawan : Tip #012 “Sudu dan Garfu”
100 Tips Usahawan : Tip #012 “Sudu dan Garfu” Kepala sudu dan garfu Jika saudara bertandang ke Kelantan, cuba perhatikan bagaimana kedudukan sudu dan garfu dalam bekas di atas meja. Ya, kepala sudu dan kepala garfu berada pada kedudukan di bawah. Manakala, pemegangnya pula berada di bahagian atas. Ada juga peniaga yang meletak kedua-duanya di dalam bekas atau lebih tepat lagi dipanggil kole berisi air panas. Begitulah sepatutnya. Objektif utama menggunakan sudu dan garfu adalah bagi menggantikan tangan. Jadi sepatutnya ia bersih. Tetapi jika kepala sudu dan garfu berada di atas, ia terdedah kepada kotoran terutama apabila pelanggan memilih-milih sudu dan garfu sebelum makan. Demikian halnya jika apabila sudu dan garfu disediakan di atas meja di kedai makan bersifat terbuka. Habuk yang berterbangan sudah pasti melekat pada sudu dan garfu. Tiada gunanya kelihatan indah tetapi pada masa yang sama menjadi tempat pen...
Comments