Posts

Showing posts from May, 2013

Tips Bakal Pelajar Latihan Industri (Internship)

Berikut adalah tips ringkas kepada para pelajar yang bakal menjalani atau ingin memohon untuk menjalani Latihan Industri (LI) di sesebuah organisasi.  Ada yang panggil latihan praktikal dan juga 'internship'. Secara umumnya, L.I dibahagikan kepada 2 kategori; Sebelum LI dan Semasa LI. Sebelum LI Sebelum memohon sesuatu tempat LI, dapatkan dahulu maklumat awal organisasi tersebut seperti nama penuh, alamat, pegawai untuk dihubungi serta 'nature of business'.  Ia penting bagi menunjukkan bahawa pelajar benar-benar berminat untuk menjalani LI di tempat tersebut.  Dengan yang demikian akan menguja organisasi mengambil anda menjalani LI di organisasi mereka. Kedua, jika menelefon, mulakan dengan salam, perkenalkan diri dan tanyakan penjawab telefon bagi memastikan yang menjawab itu adalah individu yang sepatutnya.  Sering saya menerima panggilan telefon tanpa memperkenalkan diri.  Sebaliknya terus bertanya tanpa memperkenalkan diri. Ketiga, jika menghanta