Posts

Showing posts from July, 2015

Bangsaku...

Teringat satu diskusi bersama Pengerusi DPMM Johor suatu waktu dahulu. Antaranya mengapa Bangsa Jepun Memiliki Jati Diri Yang Tinggi. Bangsa Jepun suatu waktu dahulu mengamalkan hara kiri (semak Google bagi yang tidak tahu). Apabila individu gagal dalam sesuatu pekerjaan, maka sebagai balasan, mereka akan menghukum diri sendiri.  Samada dengan memotong jari atau sehingga membunuh diri sendiri. Samada sedar atau tidak, mereka yang gagal semakin pupus dalam masyarakat Jepun.  Hanya mereka yang kuat dan punyai jadi diri, tak lupa juga yang ada sifat tanggungjawab yang tinggi sahaja yang meneruskan kehidupan. Satu lagi yang sempat saya nukilkan di sini adalah sifat suka menyalahkan orang lain.  Lebih kurang seperti lagu Bangau Oh Bangau. Seorang fasilitator pernah highlight sifat yang ada dalam diri bangsa Melayu.  Suka menyalahkan orang lain atau pihak lain.  Contohnya, datang lambat... sebab jalan jam, sebab kunci kereta sapa ntah yang simpan, sebab kereta tak boleh keluar, s