Posts

Motivasi di Awal-awal Pagi.... Siapa nak dengar ?

Image
Topik kali ini bersangkut sangat dengan karakter seorang usahawan. Abang saya, seorang motivator keusahawanan, Dr.Mohd.Amir Sharifuddin di sekitar tahun 2000 sering muncul di TV1 dan radio seawal jam 7.30 pagi, bercakap berkenaan motivasi keusahawanan.  Saya pernah sekali mengikutinya ke studio RTM pada satu masa, semata-mata untuk melihat bagaimana keadaan 'live telecast' ketika itu. Awal pagi ?  Siapa yang buka TV atau radio pagi-pagi hari.  Kalau nak ramai audien, keluarlah dalam pukul 10 pagi.  Bukan ke masa tu ramai pendengar dan penonton?  Macam mana nak jadi terkenal kalau awal sangat?  Itulah sebahagian daripada pertanyaan seorang yang masih mentah dalam dunia keusahawan tatkala itu. Yang peliknya, sering juga apabila saya bersamanya, ada beberapa orang menegurnya di perjalanan.  Dan kebanyakannya adalah peniaga dan usahawan.   Femes jugak abang aku sorang ni. Akhirnya, persoalan saya itu terungkai dengan sendirinya.  Dan saya  harap, jika abang saya membaca blo

100 Tips Usahawan : Tip #013 “Sinki/Basin”

100 Tips Usahawan : Tip #013  “Sinki/Basin” Sinki adalah tempat membasuh tangan.  Apabila membasuh tangan, pasti juga ada yang berkumur, meskipun sudah jelas papa ntanda melarang berkumur atau berludah di singki, tapi nak jugak berkumur. Ada juga sesetengah restoran, menyediakan tempat basuh tangan berhampiran makanan.  Secara logiknya, sudah tentu tempias air basuhan tangan akan terpercik ke dalam makanan.  Ish!  Sanggupkah anda ? Saya selalu tegur peniaga yang meletak bekas basuh tangan atau membuat sinki berhampiran lauk-pauk.  Namun, ada juga yang tak endah.  Adakah itu satu petua untuk melariskan jualan?  Saya pun tak pasti. Ada juga sinki yang rosak atau tersumbat.  Bukan sekali dua.  Bahkan berkali-kali.  Perbaikilah.  Bukannya mahal pun demi keselesaan pelanggan. Namun begitu, sebaik-baiklnya sinki disediakan di bahagian belakang yang mana tak kelihatan oleh pelanggan lain..  Malahan, ia menjadi amalan restoran makanan segera. Di samping itu, sabun cecair kenalah ju

100 Tips Usahawan : Tip #012 “Sudu dan Garfu”

100 Tips Usahawan : Tip #012  “Sudu dan Garfu” Kepala sudu dan garfu Jika saudara bertandang ke Kelantan,  cuba perhatikan bagaimana kedudukan sudu dan garfu dalam bekas di atas meja. Ya, kepala sudu dan kepala garfu berada pada kedudukan di bawah.  Manakala, pemegangnya pula berada di bahagian atas.  Ada juga peniaga yang meletak kedua-duanya  di dalam bekas atau lebih tepat lagi dipanggil kole berisi air panas.  Begitulah sepatutnya.  Objektif utama menggunakan sudu dan garfu adalah bagi menggantikan tangan.  Jadi sepatutnya ia bersih.  Tetapi jika kepala sudu dan garfu berada di atas, ia terdedah kepada kotoran terutama apabila pelanggan memilih-milih sudu dan garfu sebelum makan. Demikian halnya jika apabila sudu dan garfu disediakan di atas meja di kedai makan bersifat terbuka.  Habuk yang berterbangan sudah pasti melekat pada sudu dan garfu.  Tiada gunanya kelihatan indah tetapi pada masa yang sama menjadi tempat pengumpulan habuk. Pernah sekali saya melihat sudu dan
Tips Soalan Temuduga PTD 1. apa kaitan bidang ijazah yang dipelajari dengan PTD? 2. panel tanyakan bidang kerja sekarang. tetap atau probation. kenapa mereka perlu pilih kita sebagai PTD. yakinkan mereka. 3. apa sumbangan bidang IT kepada kerajaan? 4. apa itu MSC? 5. apa dia 7 aplikasi perdana dan terangkan serba sedikit tentang aplikasiaplikasi tersebut? 6. ada berapa agensi dari seluruh dunia yang bekerjasama dengan MSC? sebutkan beberapa nama 7. apakah dia bidang-bidang tugas PTD? 8. nasional integriti 9. sebutkan nama beberapa kementerian yang ada 10. sebutkan hirarki pemerintahan dalam malaysia 11. bagaimana parlimen dibentuk? berapa orang yang perlu ada dalam parlimen? 12. soalan situasi. bagaimana anda ingin meyakinkan panel jika anda menghadapi masalah ketika membuat satu pembentangan penting seperti projek syarikat atau projek tahun akhir anda? 13. dalam sesuatu kementerian, siapakah yang mempunyai kuasa paling tinggi? kedua tertinggi? ketiga? 14. saya lihat anda pernah terli

100 Tips Usahawan : Tip #011 “Pengetahuan Produk”

100 Tips Usahawan : Tip #011  “Pengetahuan Produk” Pekerja yang bagus adalah apabila beliau faham produk yang diniagakan.  Di sinilah letaknya tugas majikan atau bos. Tidak dapat dinafikan pekerja sering bertukar ganti.  Namun, ia bukanlah alasan untuk menyatakan bahawa pekerja hanya tahu jual sahaja.  Mereka mungkin jurujual yang bagus, tetapi perlu memiliki pengetahuan berkenaan produk yang dijual. Kadang kala bakal pembeli lebih mengetahui berkenaan produk yang hendak dibelinya. Mungkin juga bakal pembeli pakar dalam produk yang hendak dibeli.  Mereka mungkin ingin menguji dan mengetahui samada penjual mempunyai sifat prihatin terhadap produk yang dijual. Namun disebabkan pekerja langsung tiada ‘product knowledge’,  barang yang berpotensi untuk dijual akhirnya tak jadi dibeli. Sebaiknya majikan atau bos ambil sedikit waktu untuk mengajar pekerja berkenaan produk yang diniagakan.  Mungkin tak perlu mendalam.  Sekurang-kurangnya tidak memberi gambaran seolah-olah perniagaan

Bangsaku...

Teringat satu diskusi bersama Pengerusi DPMM Johor suatu waktu dahulu. Antaranya mengapa Bangsa Jepun Memiliki Jati Diri Yang Tinggi. Bangsa Jepun suatu waktu dahulu mengamalkan hara kiri (semak Google bagi yang tidak tahu). Apabila individu gagal dalam sesuatu pekerjaan, maka sebagai balasan, mereka akan menghukum diri sendiri.  Samada dengan memotong jari atau sehingga membunuh diri sendiri. Samada sedar atau tidak, mereka yang gagal semakin pupus dalam masyarakat Jepun.  Hanya mereka yang kuat dan punyai jadi diri, tak lupa juga yang ada sifat tanggungjawab yang tinggi sahaja yang meneruskan kehidupan. Satu lagi yang sempat saya nukilkan di sini adalah sifat suka menyalahkan orang lain.  Lebih kurang seperti lagu Bangau Oh Bangau. Seorang fasilitator pernah highlight sifat yang ada dalam diri bangsa Melayu.  Suka menyalahkan orang lain atau pihak lain.  Contohnya, datang lambat... sebab jalan jam, sebab kunci kereta sapa ntah yang simpan, sebab kereta tak boleh keluar, s
Tips Pemanduan - Menjelang Perayaan (Penulisan ini disunting semula bersesuaian dengan persekitaran semasa.  Dibenarkan untuk suntingan dan edaran dengan syarat dinyatakan sumber/kredit) Menjelang Hari Raya Idil Fitri, pastinya masing-masing bersiap sedia untuk pulang ke kampung.  Bagi yang tiada kampung, tentunya akan melawat rakan taulan. Justeru itu, berikut adalah panduan sebelum memulakan perjalanan yang saya garap dari pengalaman sendiri, perkongsian rakan-rakan dan juga catatan yang pernah saya poskan ke beberapa grup suatu waktu dahulu. Beberapa perkara yang diharap menjadi panduan kepada saudara/i apabila ingin berjalan jauh; 1. Pastikan lampu suluh sentiasa ada dalam dashboard dan berfungsi.  Sebaiknya sediakan 2 unit. 2. Mempunyai pemantul cahaya 'triangle'.  Ia perlu diletak dalam jarak 10 - 30 meter di belakang kenderaan apabila berlaku breakdown. 3. Mempunyai talian telefon bimbit yang luas liputannya.  Sebaiknya menngunakan langganan 2 tali

Idil Fitri 2014M/1435H

Assalamualaikum Hari Raya Aidilfitri bakal tiba. Sudah ramai meninggalkan kota menuju pulang ke kampung halaman masing-masing. Bagi yang memandu, usah dituruti hawa nafsu. Pandulah dengan cermat kerans sebarang kecuaian anda, akan memberi kesan kepada orang lain. Memang benar, barang nak jadi akan terjadi. Tapi biarlah itu urusanNya. Jangan lupa membaca doa menaiki kenderaan. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir & batin. Kosong - kosong. matshi.com