100 Tips Usahawan : Tip #011 “Pengetahuan Produk”

100 Tips Usahawan : Tip #011  “Pengetahuan Produk”
Pekerja yang bagus adalah apabila beliau faham produk yang diniagakan.  Di sinilah letaknya tugas majikan atau bos.
Tidak dapat dinafikan pekerja sering bertukar ganti.  Namun, ia bukanlah alasan untuk menyatakan bahawa pekerja hanya tahu jual sahaja.  Mereka mungkin jurujual yang bagus, tetapi perlu memiliki pengetahuan berkenaan produk yang dijual.
Kadang kala bakal pembeli lebih mengetahui berkenaan produk yang hendak dibelinya. Mungkin juga bakal pembeli pakar dalam produk yang hendak dibeli.  Mereka mungkin ingin menguji dan mengetahui samada penjual mempunyai sifat prihatin terhadap produk yang dijual.
Namun disebabkan pekerja langsung tiada ‘product knowledge’,  barang yang berpotensi untuk dijual akhirnya tak jadi dibeli.
Sebaiknya majikan atau bos ambil sedikit waktu untuk mengajar pekerja berkenaan produk yang diniagakan.  Mungkin tak perlu mendalam.  Sekurang-kurangnya tidak memberi gambaran seolah-olah perniagaan tersebut tahu jual sahaja.
Saya sering lihat siatuasi ini wujud di ekspo dan pameran.  Peniaga lazimnya menggunakan perkhidmatan promoter.  Mereka ini boleh jual hampir semua produk kerana mereka agresif -pandai bercakap. Kalau yang perempuan pula mungkin memiliki rupa paras yang cantik. Namun, tanpa ‘product knowledge’, pembeli mungkin tawar hati untuk membelinya.
Dalam pada itu, ada juga penjual yang terlalu fanatik dengan produk yang dijual hingga langsung tidak mahu menerima pendapat atau pandangan pelanggan.  Ini juga satu kesilapan sebenarnya.
Apa sahaja pandangan pelanggan perlu diberi perhatian.  Usah merendahkan pendapat pelanggan tentang produk yang dijual.  Sebaliknya. gunakan fakta atau hujah untuk menyatakan produk yang dijual juga mempunyai kelebihan atau kebaikan.
Seperti yang saya nyatakan sebelumnya, pelanggan tidak lagi 'bodoh'.  Mereka akan membuat kajian terlebuh dahulu sebelum membeli sesuatu produk.  Mereka akan membandingkan produk-produk yang setara dan melihat kelebihan dan kelemahan produk tersebut.  Mengapa mereka ke arah produk anda?  Antaranya untuk melihat dan memegang produk berkenaan.  Dalam dunia yang masih ramai Gen X, sifat ingin melihat dengan mata kasar dan menjamah dan merasa sendiri produk masih menebal.  Naluri semula jadi yang sekian lama terbina.
Justeru, pastikan peniaga membekalkan maklumat berkenaan produk dan servis yang secukupnya kepada pekerja mereka sebelum mereka bertemu pelanggan.

Comments

Popular posts from this blog

100 Tips Usahawan : Tip #013 “Sinki/Basin”

Bangsaku...