100 Tips Usahawan : Tip #008 "Mejanya bersih, tapi....."


100 Tips Usahawan  : Tip #008 : "Mejanya bersih, tapi....."

Kebersihan adalah sebahagian daripada iman.  Itu semua orang Islam tahu.  Tapi bersih yang macam mana?

Banyak kedai makan di luar sana akan memastikan meja dibersihkan sebaik pelanggan beredar.  Malahan kalau anda ke kedai mamak, meja dah bersih.  Tapi sebaik anda duduk, dilap lagi.  Mahu haus permukaan meja tu karang.  Kelakar pun ada.  Kenapa agaknya?

Saya nak tarik perhatian pembaca di sini berkenaan menyapu sisa makanan di atas meja.

Masih ramai pengusaha kedai makan yang menyapu sisa makanan dengan menolaknya ke bawah.  Maksud saya tidak menadah ke dalam dulang atau pinggan.  Apabila diintai di bawah bangku atau meja, akan kelihatan sisa-sisa yang jatuh.  Kenapa mesti begitu?

Keadaan ini boleh dilihat jika kedai makan bersifat terbuka (open air).  Memanglah semasa nak ditutup ia akan dibersihkan.  Tetapi mengapa tidak diamalkan semasa pelanggan masih ada.  Yang peliknya, lagilah ramai pelanggan  menjamu selera di situ.

Ada juga lantai yang seolah-olah tak pernah dibasuh.  Kata orang Kelantan, berlemin.

Kepada pengusaha kedai makan atau restoran, bukan sahaja atas meja mesti bersih, malahan juga di bawah meja terutama lantai.

Comments

Popular posts from this blog

100 Tips Usahawan : Tip #013 “Sinki/Basin”

Bangsaku...