100 Tips Usahawan : Tip #003 "Sila Bayar Di Kaunter"


Assalamualaikum,

Tip #003 @ yang ketiga; Label "Sila Bayar Di Kaunter"

Selalu makan di restoran atau warung?  Mesti selalu juga, kan?  Kalau makan nasi, macam-macam lauk diambil.  Al-maklumlah, gaji baru masuk.  Jika datang beramai-ramai dengan famili, penuh meja.

Makan sudah, minum sudah.  Kalau yang merokok, pamlah pulak (ingat, merokok merbahayakan kesihatan sendiri dan kesihatan orang di sekeliling).  Tibalah masa untuk membayar.

Anda pun angkat tangan dan panggil pelayan untuk bayar.

"Maaf, bang.  Bayar kat kaunter," kata pelayan sambil membawa makanan ke meja sebelah.

Anda pun bangun dan menuju ke kaunter.  "Meja sana.  Berapa?"

Cashier ambil pen dan kertas dan sedia untuk buat matematik, "Err, makan apa tadi?"

Jenuhlah anda nak kena ingat dan sebut apa yang dimakan.  Tidakkah ini menyusahkan pelanggan.  Kalau makan seorang oklah juga.  Bagaimana kalau berkumpulan?

Maka sebaiknya, cashier terus kira semasa pelanggan menjamu selera dan selitkan celah pinggan pelanggan yang akan membayar.  Jangan lupa, sediakan juga sesalinan untuk cashier.  Manalah tahu pelanggan 'termakan' kertas tu sekali.

Lazimnya di kedai mamak dipraktikkan cara ini.  Nampaknya macam sedikit zalim sebab sambil makan dah dinyatakan berapa kena bayar.  Tapi, ia sebenarnya memudahkan kedua-dua belah pihak.

Bagaimana kalau ada penambahan dalam menu makanan?  Apa susahnya?  Selitkan kertas tambahan untuk pengiraan baru.

Bagaimana?  Masa jimat, pelanggan senang hati.


Comments

Popular posts from this blog

100 Tips Usahawan : Tip #013 “Sinki/Basin”

Bangsaku...