100 Tips Usahawan : Tip #005 : "Dua puluh sen ada?"


100 Tips Usahawan : Tip #005 : "Dua puluh sen ada?"

Pernah dan selalunya pelanggan ditanya samada mempunyai duit kecil.  Maka terkial-kiallah pelanggan menyeluk kocek seluar, kocek kemeja.  Seluk sana, seluk sini, tanya rakan sebelah.  Kalau pelanggan wanita, habis segala poket dalam beg tangan digagau semata-mata mencari syiling dua puluh sen.

Pelanggan yang beratur di belakang dah mula hangin.

Apa salahnya halal je dua puluh sen tu.  Tak kaya pun.  "Eh! Tak boleh, bang.  Tak cukup dua puluh sen tak boleh beli tiket kapal terbang."  Ke situ pula alasannya.

Ramai peniaga/usahawan terlalu berkira amaun dua puluh sen ini.   Ada juga yang walau lima sen pun diminta.  Perlu diingat kerana dua puluh sen itulah pelanggan akan jaja dari mulut ke  mulut betapa kedekutnya pekedai tersebut.

Sebaliknya, ada nilainya 18 sen, dibundarkan terus kepada dua puluh sen.  Ada juga peniaga yang kalau baki perlu pulang 10 sen diganti dengan gula-gula.  Agaknya ada lagi tak peniaga sebegini?

Kepada anda yang berniaga, samada berniaga runcit atau warung atau juga restoran, tak perlulah berkira sangat.  Pelanggan lazimnya tak berapa kisah tentang harga kalau layanannya cukup mesra.  Tak gitu?

Tapi kalau nak berkira juga....

Comments

Popular posts from this blog

100 Tips Usahawan : Tip #013 “Sinki/Basin”

Bangsaku...