100 Tips Usahawan : Tip #002 "Ya, PakCik. Nak order apa?"


Assalamualaikum,

Tip #002 @ yang kedua; "Ya, PakCik.  Nak order apa?"

PakCik?  Sikit punya hensem dipanggil pakcik?  Atau mungkin juga, "MakCik nak beli apa?"  Mekap tebal-tebal dipanggil makcik,  Kahwin pun belum.

Panggilan di atas seringkali digunakan oleh staf di sesebuah premis kepada pelanggan.  Adakah panggilan di atas sesuai?  Sesuai agaknya sebab memang pelayan tu usianya belasan atau lingkungan 20an.

Perlu diingat, pelanggan yang datang mungkin seseorang berpangkat, cikgu, pegawai atau mungkin juga Datuk, Datin, Tan Sri dan seumpamanya.

Kalau pelanggan yang masuk itu Mat Salleh, secara otomatis staf akan sebut, "Yes, Sir.  How can I help you?"  Eh! Senang pulak panggil Sir a.k.a Tuan.

Maka, apa gelaran atau panggilan sepatutnya?  Antara yang sesuai ialah encik, cik, tuan, puan atau kalau nampak berkopiah boleh juga dipanggil tuan haji.  Elakkan guna perkataan abang atau kakak terutama kepada lelaki jika kelihatan isterinya ada bersama.

Empunya premis seharusnya peka berkenaan panggilan ini dan seharusnya dimaklumkan kepada staf masing-masing.   Mereka perlu diajar mengagak umur pelanggan yang masuk ke premis.  Tak bolehlah nak main pukul rata semua.

 Ada sebilangan pelanggan akan terus beredar jika panggilan yang digunakan tidak kena.  Takkah rugi rasanya?

Jom. Cubalah praktikkan panggilan yang sesuai.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Bakal Pelajar Latihan Industri (Internship)

Motivasi di Awal-awal Pagi.... Siapa nak dengar ?