100 Tips Usahawan : Tip #009 "Pekerja juga ada maruah"


Tip #009  : "Pekerja juga ada maruah"

Tak salah seorang majikan atau penyelia (supervisor) menegur anak buahnya.  Kalau dah buat silap, kena diperbetulkan.  menegur untuk kebaikan.

Tapi elakkan menegur di hadapan pelanggan.  Pernah juga kejadian pekerja ditegur atau dimarahi berlaku depan mata saya.  Terasa 'ngilu' juga.  Merah padam muka pekerja berkenaan.  Memanglah patut kena tegur, tapi buatlah secara profesional.

Sebaiknya bawa mereka ke pejabat atau ruang belakang premis.  Nak tegur, nak marah, nak sound, buatlah.  Tapi bukan di hadapan pelanggan.

Hormati pekerja kerana mereka adalah barisan hadapan dalam perniagaan anda.  Kita tak tahu apa yang mereka cakapkan di belakang kita.  Yang pasti, kita mahu mereka cakap yang baik-baik berkenaan anda dan perniagaan anda.

Dalam erti kata lain, pekerja juga sebenarnya pegawai pemasaran kepada sesebuah perniagaan.  Mengapa tidak dihargai dan dimanfaat peranan mereka ini?

Comments

Popular posts from this blog

100 Tips Usahawan : Tip #013 “Sinki/Basin”

Bangsaku...