100 Tips Usahawan : Tip #001 "Senyum"

Assalamualaikum,

Tip #001 @ yang pertama; 3S (Senyum, Sapa dan Sila)

Senyum, sapa dan sila jarang sekali kita lihat berlaku kepada empunya kedai atau tokey kedai. Bukannya susah pun nak senyum, kecualilah urat senyum dah putus.

Khususnya kedai makan atau restoran. Apa salahnya tokey kedai, lazimnya juga berjawatan cashier, senyum apabila pelanggan melangkah masuk.

Jika nampak ramai yang masuk atau berkumpulan yang mungkin satu keluarga, sapalah sedikit, "Jemput duduk". Pelanggan akan rasa dihargai. Jika tak sibuk, arahkan pekerja mengiring pelanggan ke dalam ruang premis kedai. Tak semestinya restoran 5 bintang baru nak amalkan.

Saya sering perhatikan tokey atau empunya kedai lihat pelanggan masuk dengan ekor mata. Seolah-olah pelanggan tak dijemput. Walhal pelangganlah 'lubuk' rezeki mereka.

Jangan biarkan pelanggan duduk lama di bangku. Mereka sudah bersedia untuk membuat pesanan. Pastikan pelanggan dilayan antara 2 - 3 minit sebaik mereka duduk. Hulurkaan menu dan tanya jika mereka mahu order sekarang atau perlu masa untuk meneliti menu.

Jika anda perhatikan di kedai mamak, anda akan dapati para pekerja dan termasuklah cashier tidak dibenarkan duduk. Kenapa? Sebab apabila duduklah maka susah untuk bangun. Apabila berdiri, mereka akan aktif bergerak melayan pelanggan. Mungkinkah ini salah satu sebab kenapa kedai mamak 'jarang tutup' ?

Begitulah tip pertama untuk dikongsi bersama.

Comments

Popular posts from this blog

100 Tips Usahawan : Tip #013 “Sinki/Basin”

Bangsaku...