100 Tips Usahawan : Tip #006 : "Eh! Itu apron ke kain lap meja?"



100 Tips Usahawan : Tip #006 : "Eh! Itu apron ke kain lap meja?"

Saya sering direkomen oleh kenalan untuk makan di sesebuah restoran atau kedai makan.  Katanya sedap dan murah.  Teruja juga mendengar rekomendasi kawan-kawan dan saudara mara.  Mana taknya, kalau dah sedap dah murah.  Tambahan pula kalau ada orang belanja.  Rezeki (halal) jangan ditolak.

Namun sebaik tiba di lokasi dimaksudkan, terasa ada sesuatu yang tak kena.  Mungkin juga deria keenam sedang mengesan sesuatu.  Bukan... Bukan itu maksud saya.

Mengambil tempat duduk di satu sudut sambil menunggu untuk membuat pesanan.  Pelayan sibuk membawa makanan ke meja pelanggan.  Cepat juga servis mereka.  Sambil-sambil tu, sempat juga menjeling ke dapur dan ke arah penyedia makanan.  Kening saya terangkat sedikit melihat lilitan di pinggang.  Dahi sedikit berkerut.  Tak boleh kerut banyak sangat, takut cepat tua.

"Apronkah itu?" Warna apron asalnya kuning (iklan mee segera) dah hampir bertukar coklat.  Agak-agaknya berapa lama tak dicuci?  Kalau dah basuh sekalipun, bila warna dah berubah sebaiknya ditukar.

Itu belum lagi pakaian pelayan yang kelihatan seperti tidak berbasuh.  Kalau di waktu petang, anda dapat hidu aromanya yang cukup menyiksa selera yang sedang kelaparan.

Saya tak boleh bayangkan bagaimana pelanggan boleh kata sedap makanan kat situ.

Pengusaha premis, tolonglah pantau kebersihan pakaian pekerja kerana ia sebenarnya mencerminkan juga kebersihan diri empunya premis.

Comments

Popular posts from this blog

100 Tips Usahawan : Tip #013 “Sinki/Basin”

Bangsaku...