100 Tips Usahawan : Tip #007 : "Merokok membahayakan kesihatan, tapi..."


100 Tips Usahawan : Tip #007 : "Merokok membahayakan kesihatan, tapi..."

Benar dan benar.  Merokok memang benar membahayakan kesihatan dan benar juga hak individu.

Jika kedai makan jenis premis terbuka (open air), sudah pasti selesai makan pelanggan akan menghisap rokok.  Rokok bukannya boleh dihisap sampai habis melainkan meninggalkan sisa habuk dan puntung.

Saya sendiripun pernah dulu hisap rokok dan saya faham sangat tabiat perokok.  Jarang sekali, bak kata arwah Tan Sri P.Ramlee, sikit-sikit, perokok yang berdisiplin atau 100% pembersih.  Buktinya, pernah lihat perokok membawa bersama bekas habuk rokok sendiri?  Kalau pernah, tolong kenalkannya dengan saya.

Perokok akan buang habuk ke lantai dan tenyeh puntung rokok dengan kasut atau selipar selesai merokok.  Paling teruk menjentik puntung rokok.   (Tahukah anda, menjentik puntung rokok juga perlukan skill?).  Kenapa agaknya?

Sebabnya yang pasti ialah kerana tiada bekas habuk rokok disediakan.  Apa salahnya sediakan bekas habuk rokok di atas meja makan atau premis.  Selalu hilang bekas habuk rokoknya.  Mana tak hilang, cantik sangat rekaannya.  Jika begitu, gunakan bekas air minuman tin sebagai bekas habuk rokok.  Atau kalau masih juga hilang, buat besar-besar supaya tak mudah dicuri.

Perokok sebenarnya ramai yang berhati mulia.  Jadi, bantulah mereka untuk menjadi lebih mulia.  Tapi, kalau perokok nak tenyeh juga ke lantai, itu barulah salah perokok.

Lebih sesuai lagi sediakan dua seksyen supaya mereka yang tidak  merokok merasa selesa menjamu selera.  Kepada para perokok pula, andai ada kanak-kanak di sekeliling anda, carilah port yang jauh sedikit.  Mereka juga ada hak untuk hirup udara segar.


Comments

Popular posts from this blog

100 Tips Usahawan : Tip #013 “Sinki/Basin”

Bangsaku...