Popular posts from this blog
Motivasi di Awal-awal Pagi.... Siapa nak dengar ?
Topik kali ini bersangkut sangat dengan karakter seorang usahawan. Abang saya, seorang motivator keusahawanan, Dr.Mohd.Amir Sharifuddin di sekitar tahun 2000 sering muncul di TV1 dan radio seawal jam 7.30 pagi, bercakap berkenaan motivasi keusahawanan. Saya pernah sekali mengikutinya ke studio RTM pada satu masa, semata-mata untuk melihat bagaimana keadaan 'live telecast' ketika itu. Awal pagi ? Siapa yang buka TV atau radio pagi-pagi hari. Kalau nak ramai audien, keluarlah dalam pukul 10 pagi. Bukan ke masa tu ramai pendengar dan penonton? Macam mana nak jadi terkenal kalau awal sangat? Itulah sebahagian daripada pertanyaan seorang yang masih mentah dalam dunia keusahawan tatkala itu. Yang peliknya, sering juga apabila saya bersamanya, ada beberapa orang menegurnya di perjalanan. Dan kebanyakannya adalah peniaga dan usahawan. Femes jugak abang aku sorang ni. Akhirnya, persoalan saya itu terungkai dengan sendirinya. Dan saya...
100 Tips Usahawan : Tip #010 "Bila bertemu klien"
100 Tips Usahawan : Tip #010 "Bila bertemu klien" Membuat temujanji untuk bertemu klien adalah suatu aktiviti yang lazim. Pertemuan diatur samada di pejabat atau di luar pejabat. Bagi mereka yang mementingkan keselesaan klien, pertemuan selalu di adakan di lokasi di mana klien mudah untuk datang. Restoran atau tempat makan/warung sering menjadi pilihan. Mengikut pengalaman saya sendiri, ada juga 'jurujual' yang membawa bersama rakan atau yang lebih teruk satu famili apabila berjumpa klien. Ini adalah sesuatu yang seharusnya dielakkan. Klien akan merasa tidak selesa untuk berbincang dan bertanyakan pelbagai kemusykilan. Elok-elok klien nak teruskan dengan pembelian, harus terus dibatalkan. Justeru itu, jika anda seorang jurujual professional dalam bidang anda, elakkan membawa bersama rakan atau famili semasa bertemu klien. Jika perlu sangat membawa rakan, minta izin atau maklumkan kepada klien terlebih dahulu.
Comments