Derma - kutipan derma

Ya... Ini adalah sebahagian daripada catatan hasil pemerhatian. Saya pasti anda pernah atau sering didatangi lelaki meminta derma. Ada derma OKU, rumah orang tua atau untuk rumah anak yatim. Dalam penulisan ini saya ingin fokus lebih kepada orang Melayu Islam yang lazimnya meminta derma dengan membawa bersama resit dan tidak ketinggalan fail. Apa dalam fail? Antaranya surat perakuan dan surat izin dari pelbagai pihak berkuasa yang mengizinkan mengutip derma. Apakah surat-surat tersebut 'valid'. Susah nak cakap. Anything is possible nowdays. Dalam pada itu, saya dapati pelajar-pelajar universiti yang mengendalikan sesuatu projek sering juga menghubungi syarikat untuk mengutip derma. Lalu saya terfikir. Mengapa tidak di sebalik meminta atau mengutip semata-mata daripada orang ramai, mereka menjual sesuatu. Ya, sesuatu sebagai bahan jualan. Terserahlah kepada orang ramai nak beli dengan berapa harga sekalipun. Secara langsung akan menggalakkan budaya berniaga atau dengan perkataan yang lebih tepat lagi ialah budaya usahawan. Saya sendiri umpamanya. Jika yang datang itu semata-mata mengutip derma, memang saya amat keberatan untuk hulur. Saya tak mahu menipu diri sendiri dengan mengungkap perkataan 'ikhlas'. Sedang ikhlas itu lahir tanpa sedar a.k.a bawah sedar. Akan tetapi, jika yang datang itu menjual sesuatu, terutamanya kerepek atau keropok atau ada kalanya keychain (dari persatuan orang-orang pekak), insyaAllah saya akan beli. Masing-masing ada pendapat dan inilah pendapat saya. I rest my case. Maaf, gaya bahasa kurang sedap sedap baru berjinak-jinak dalam blogging. Maaf, kay :)

Comments

Popular posts from this blog

100 Tips Usahawan : Tip #013 “Sinki/Basin”

Bangsaku...