Khutbah Jumaat

Salam

Blog kali ini bukan pasal nak ulas khutbah jumaat.

Jumaat tadi solat di sebuah masjid di batu pahat. Kelihatan beberapa kumpulan pelajar sekolah dengan pen dan buku tulis di tangan.  Apabila ditanya, katanya untuk membuat catatan khutbah jumaat.  Bagus, kata hatiku.

Ditanya lanjut dan dijawab bahawa untuk hilangkan ngantuk.  Ingatkan cikgu nak soal kemudian.

Lalu terlintas di fikiran.  Mengapa tidak pihak masjid dan sekolah mengadakan peraduan/pertandingan menulis ulasan khutbah oleh para pelajar yang hadir bersolat jumaat?  Setiap bulan diadakan peraduan tersebut dan pelajar hantar melalui emel ke pihak pengurusan masjid dan sekolah (teknologi ICT dimanfaatkan sebaiknya di sini).  Pelajar yang menghasilkan ulasan paling menarik dan berisi pada setiap bulan akan beroleh ganjaran.  Mungkin dalam bentuk wang tunai atau apa sahaja.

Objektifnya agar pelajar akan memberi tumpuan kepada khutbah dan sekali gus melatih hadirin, khusunya generasi muda menghayati isi khutbah.

Nah, terserahlah kepada pembaca untuk menilai ideaku ini.

Comments

Popular posts from this blog

100 Tips Usahawan : Tip #013 “Sinki/Basin”

Bangsaku...